Surat Cinta 1/366

Assalamualaikum :)

Surat tak rasmi format diri sendiri.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Kehadapan blog tercinta, *muka romantik*

Untuk pengetahuanmu, angkat ku berangkat ke sekolah ku semula yang berada jauh nun disana *Aiceh o.O* Tesergam indah bak purnama *nak baldi jap* Akan ku melangkah ke alam yang baru. Akanku meniti fasa yang baru. Akanku menjenguk dunia yang penuh dengan kealpaan. Akanku merintih aku tak tahu apa yang nak dirintihkan. Jangan ketawa mahupun senyum. Suratku belum sampai ke penghujungnya.

Blog,

Aku akan merindui mu. Aku mungkin jarang menaip di badanmu  *garu kepala jap* Tatkala angin meniup sayu, akanku merindui lagu di blog ini walaupun tiada penyanyinya kerana tiap kali lagu itu dimainkan, aku lah penyanyinya *tepuk tangan* Kerana dirimu begitu berharga *iklan* Jangan dirisaukan tentang aku, aku akan dijaga oleh konco-konco ku yang suka berpoco-poco makan keropok lekor, duduk dekat dapur. Oh lupa, sekolahku tiada dapur -___- 

Ini mungkin bukan yang terakhir, aku merasakan ingin menyanyi sebentar. [Versi Ombak Rindu, please] "Tuhan tolong lembutkan hati dia, untuk terimaku seadanya" Ok, cukup. Aku dapat merasakan bahawa aku seorang sahaja yang sedih. Kenapa? Bukan kerana teman lelaki malah aku maksudkan cikguku. Aku berharap agar hatinya lembut kerana aku tidak dapat menyiapkan kerja sekolah yang diberi dengan sepenuhnya. Anak murid bertuah! *berdiri luar kelas nanti*

Blog,

Apa pun yang berlaku, jangan lupakan aku. Jika jumpa follower baru, jangan lupa belanja ok. No. Jangan minta duit daripadaku. Engkau sahaja yang bayar ok? Ku pinta, tolong selitkan namaku dalam doamu. Tolong doakan kejayaan aku di medan perang ok? Kenapa medan perang? Kerana aku selalu menjawab peperiksaan menggunakan senapang yang ada. *muntah lagi*

Sekian,
Tuan empunya blog :')


KITA TAHU TULISAN KITA DALAM BLOG NI CANTIK. AWAK NAK BALDI? SURAT DI ATAS ADALAH SEKADAR CORETAN UNTUK MENGHILANGKAN KEBOSANAN. TIADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP MAHUPUN YANG TELAH MENINGGAL DUNIA. JANGAN AMBIL KISAH OK?


APA-APA PUN, I'M GOING TO MY SCHOOL. PENUHKAN 366 HARI INI DENGAN PENUH SENYUMAN OK, INSYAALLAH :) TAKE CARE DEAR FOLLOWERS  TAK NAK WISH NEW YEAR DEKAT KITA? OK TAKAPA *MUKA SEDIH* *BALING TISU* ASSALAMUALAIKUM :D



Thanks sebab baca sayang. If suka, like lah :]

No comments:

Post a Comment